About Me

Dilahirkan pada tahun 31 mac 1978 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Menetap di Kampung Ayer, dan berhijrah ke Daerah Temburong pada Tahun 2003. mula bersekolah tadika(kindergarten) pada tahun 1983 disekolah Nusa Laila Putri. Seterusnya menyambung sekolah peringkat rendah pada tahun 1984-1990. Setelah itu melanjutkan sekolah peringkat menengah di sekolah Menengah Awang Semaun, Sungai Kebun, Pada Tahun 1991-1996. Setelah selesai peringkat menengah, melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan (MPUSB) pada tahun 1997-2000. Pada  Julai 2000 telah mula berkhidmat sebagai Guru Ugama Terlatih di Jabatan Pengajian Islam, KHEU Brunei Darussalam. Mula bertugas di Sekolah Ugama Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Kg Lurong Dalam, Kg Ayer hingga jun 2003. Setelah itu berpindah tempat bertugas di Daerah Temburong di Sekolah Ugama Bokok pada Jun 2003. pada sekitar Julai 2005 dipindah lagi tempat bertugas di Sekolah Ugama Labu Estate, Temburong. Pada Julai 2007 Sekali lagi saya Dipindahkan kesekolah Persediaan Arab Temburong. keadaan ini tidak berterusan lama, kerana pada tahun berikutnya 2008 bulan Ogos telah berpindah lagi kesekolah Ugama Puni, Temburong. Pada tahun 2007 telah mengambil Peperiksaan GCE ‘A’ Level. Pada Ogos 2010 telah melanjutkan pelajaran lagi dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Usuluddin di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Insya Allah akan menamatkan pengajian pada Tahun 2014.

Menamatkan Zaman Bujang dengan berkahwin dengan Norhusainah Bte Hj. Awg Bini Pada 10 Februari 2002. dan telah dikurniakan 4 orang anak

1. Mohammad Khairul Amrin bin Hj Rozaiman (19hb Julai 2003)

2. Mohammad Khairul Amsyar bin Hj Rozaiman (11hb Oktober 2004)

3. Nurul Ameeratul Aqilah bte Hj Rozaiman (14hb November 2008)

4. Mohammad Khairul Aqil bin Hj Rozaiman ( 8hb Jun 2010).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s